Sign In | Sign Up

My Profile

hoihoi
32318
.....
Points: 174
Country: Malaysia

Shortcuts

Categories

Post

Sikap Masyarakat Negara Kita
Size: Large, Medium, Small Fri Nov 14, 08 07:07 AM | Category: All
1

    Dalam era globalisasi ini , sikap penduduk masyarakat negara kita semakin membimbangkan . Mengikut kajian saya , skap positif rakyat kita semakin berkembang tetapi lebih menjurus ke arah yang negatif

 

    Di dalam kehidupan ini kita sebagai seorang warganegara mesti mempunyai semangat cinta akan negara . Mengapa saya berkata begitu ?

 

    Sekarang keputusan UPSR sudah diumumkan tetapi apakah mereka sedar bahawa taraf sijil UPSR itu hanya merupakan taraf asas untuk sesebuah matapelajaran ? Seperti baru -baru ini telah dicadangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik semula . Mengapa?

 

     Walaupun kita lihat terdapat peningkatan di dalam peratusannya , tetapi tidakkah kita sedar bahawa penggunaan bahasa Inggeris telah menyebabkan orang negara kita kian lupa penggunaan frasa kata dan nama yang betul bahasa kebangsaan kita . Seperti contoh penggunaan perkataan - perkataan berikut -

 

Salah                 Betul

1 - kitorang     -   Kami semua

2 - korang      -    kalian/kamu semua

3 - kita          -    digunakan untuk merujuk diri sendiri dan semua pihak 

                          yang berada disitu

4 - kami         -    merujuk diri sendiri dan kumpulan dengan tujuan untuk

                          bercakap dengan pihak yang lain  

Contoh ayat 

kitorang

Soalan - Kamu semua mahu pergi mana?

Salah  -  Kitorang mahu ke Pekan

Betul   -  Kami semua mahu ke Pekan

 

korang

Salah - Korang mahu ke mana ?

Betul - Kamu semua mahu ke mana ?

 

kita

Soalan - Kamu semua berasal dari mana ?

Salah - Kita semua berasal dari Kedah

Betul -  Kami semua berasal dari Kedah  

 

kami

Wilson berkata pada rakan sekelasnya

Salah - Cikgu kami seorang yang hebat , bukan?

Betul -  Cikgu kita seorang yang hebat , bukan?

 

 

   Berdasarkan contoh -contoh di atas jelaslah kesalahan umum yang berlaku kini pada bahasa kebangsaan kita . Semua hal dan masalah ini berpunca daripada sifat dan cara pemikiran masyarakat kita sendiri yang tidaka mahu mengambil tahu dan mengambil serius kesalahan - kesalahan bahasa ini . Saya menulis blog ini bukan inginkan populariti tetapi sedih melihat penggunaan bahasa kita yang semakin parah dalam masyarakat . 

 

    Bahasa Mencerminkan Bangsa , jika kita sebagai warganegara tidak mengambil serius perkara ini maka sekiranya bahasa kebangsaan yang telah dipertahankan  sejak turun temurun ini hilang maka pada waktu itu sukar untuk kita mendapatkan balik apa yang sudah hilang .

 

    Seperti Bahasa Inggeris ialah milik orang Inggeris , bahasa Cina orang Cina , bahasa Jawa milik orang Jawa tetapi Bahasa Melayu ialah satu - satunya bahasa yang kita miliki .

 

    Kenyataan bahawa bahasa Melayu kurang sesuai digunakan ketika ini perlu disangkal . Adakah kamu semua tahu bahasa kita ialah bahasa nombor empat dunia .

 

     Sekiranya kita mahu memajukan negara kita , perkara ini mestilah dimulakan secara individu . Seperti contoh Republik China dan Jepun , orang luar terpaksa mempelajari bahasa mereka jika ingin melabur di sana . Malah pengaruh industri anime Jepun telah berjaya memperluaskan penggunaan bahasa mereka sehingga wujudnya ChinaTown di seluruh dunia dan terdapat juga Japan Town di USA . 

 

     Jika anda semua berkata yang taraf bahasa Melayu tidak setaraf bahasa Inggeris , ini sudah jelas betapa sempitnya pemikiran masyarakat negara kita. Mungkin beberapa perkataan Inggeris telah digunapakai dalam Bahasa Melayu tetapi tidakkah kamu semua sedar terdapat bahasa Melayu yang turut dipinjam di dalam penggunaan bahasa Inggeris . Seperti perkataan Durian dan Orang Utan . Perkataan ini masih kekal di dalam bahasa Melayu . Tidakkah anda sedar juga kebanyakan perkataan Inggeris juga 'dicedok' daripada perkataan Arab .

 

   Sekiranya pemikiran masyarakat kita lebih matang , positif dan produktif maka sekiranya sesuatu kajian dan ilmu baru dapat berjaya dicipta . Seperti contoh lebuhraya SMART , tiada seorang di dunia ini yang memikirkan tentang konsep seperti itu , tetapi lebuhraya itu difikirkan oleh rakyat negara kita . Kini negara lain yang memerlukan teknologi seperti itu perlu meminta utnuk mendapatkan teknologi tersebut . Kemungkinan juga , mereka perlu belaajr bahasa kita untuk memahami dengan lebih lanjut teknologi tersebut . Walaupun sudah di terjemah ke bahasa Inggeris tetapi mungkin terdapat beberapa frasa - frasa bahasa Melayu yang tidak dapat di terjemah . 

 

    Saya seorang pelajar sekolah menengah berumur 16 tahun , perkara yang ditulis ini semua berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya . Mungkin saya masih muda untuk menulis fakta seperti ini tetapi saya sebagai seorang warganegara yang cinta kan negaranya terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab ini .

 

    Masalah utama rakyat kita sekarang ialah sikap  .Sikap perlu diubah untuk kita lebih maju . Alasan - alasan seperti tiada masa , sibuk dan penat perlu dibuang . Mengikut pendapat saya masalh -masalah ini dapat diatasi melalui perubahan sikap yang lebih positif .

 

Nawaitu / Niat - Sekiranya hanya sikap positif menjadi sandaran maka 

                      perkara ini boleh dijadikan alasan .  Niat hati perlualh ikhlas

                      Segala perkara berpunca dari niat .  Sekiranya kita memang

                      tiada minat maka itulah yang dipanggil Hipokrit

 

Ramai orang di negara kita hipokrit . Mereka mengatakan mereka bukan tetapi melalui cara kerja yang acuh tak acuh sudah mencerminkan sikap sebenar . 

 

Pendirian       -  Niat hanyalah pencetus tetapi tanpa pendirian kita akan

                      hanyut . Walaupun sudah mempunyai niat tetapi tanpa

                      pendirian maka perkara itu masih sia - sia . Pendirian

                      merupakan jalan untuk kita melakukan apa yang telah 

                      kita fikirkan , tanpa pendirian niat itu hanyalah tinggal niat

 

Bersatu          - Setiap orang mempunyai niat , sekiranya setiap

                      orang mempunyai pendirian pada niat masing - masing ,

                      perkara itu sukar untuk direalisasikan tanpa bersatu .

                      Dengan bersatu , segala masalah dapat diselesaikan

                      Setiap niat dan keputusan bukan semuanya ialah perkara

                      yang betul dan dengan bersatu segala kelemahan dapat
                      diatasai

 

Kerjasama/      - Kerjasama hanya diperlukan jika perkara itu melibatkan 

Kepercayaan      pelbagai pihak . Tanpa kerjasama , maka idea dan

                       sesuatu tindakan dapat direalisasikan . Kepercayaan

                       sangat penting . Setiap orang haruslah percaya dengan

                       kemampuan diri dan orang lain .

 

 

     Jadi sekiranya empat elemen ini berada dalam masyarakat kita maka negara kita boleh terus maju . Saya ingin rumuskan di sini bahawa sikap mencerminkan niat seseorang dan bahasa mencerminkan sesebuah bangsa dan negara . Sekian 

                      

 

 

 

 

 

 


Link: http://blog.bitcomet.com/post/74311/ ©
Add to favorites | Quote Reads (824) | Comments (2)

CommentsReload

Ursu_64 (Attila) Sun Dec 7, 08 12:06 PM

Hi ! Thank for post, I voted!!!

I invite you to read my post...please leave a comment...

http://blog.bitcomet.com/ursu/post_76091/

Lt.-Gen. Ursu
[Guest]hwa Wed Aug 26, 09 09:41 AM

Saya setuju dengan adik.



TOP